Situasi banjir yang melanda daerah Setiu semasa tinjauan di Kampung Buluh, Bandar Permaisuri, Terengganu pada 19 Disember 2022. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jumlah mangsa banjir Terengganu terus meningkat, cecah 40,849 setakat 8 pagi

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 21 DIS: Kira-kira 72,583 penduduk ditempatkan di 444 pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan fenomena monsun Timur Laut yang menyebabkan lima negeri terjejas banjir setakat 8 pagi tadi.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan Kelantan dan Terengganu merupakan negeri teruk terjejas dengan 72,266 orang berada di 437 PPS yang dibuka.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan iaitu 31,411 orang daripada 9,037 keluarga berada di 139 PPS dibuka manakala di Terengganu pula seramai 40,849 orang daripada 11,361 keluarga di 298 PPS.

Negeri lain yang terjejas banjir iaitu Pahang dengan 221 mangsa, Johor (48 mangsa) dan Perak (54 mangsa).

Dalam pada itu, MetMalaysia meramal hujan dijangka di Kelantan, Terengganu dan Pahang sepanjang hari ini.

Ribut petir di satu dua tempat dijangka berlaku pada sebelah petang di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Kedah, Pualau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

 


Pengarang :