Kementerian Kerjaya Raya mengumumkan kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) diturunkan antara 15 hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Januari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kadar tol Lebuhraya Besraya, Lekas turun tengah malam ini

SHAH ALAM, 31 DIS: Kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) diturunkan antara 15 hingga 50 sen berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata penurunan tersebut disokong dan dipersetujui syarikat konsesi dua lebuh raya itu IJM Corporation Berhad.

Beliau menjelaskan keputusan itu juga sebahagian daripada persetujuan untuk menyusun semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya berkenaan yang diputuskan kerajaan.

“Penurunan kadar tol sebanyak 15 sen bagi kenderaan kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara dan Selatan) di Lebuhraya Besraya,” katanya dalam kenyataan di Twitter.

“Kadar tol Lebuhraya Lekas bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada kepada 0.1666 sen/km untuk sistem tol tertutup dan kekal seperti sedia ada bagi sistem tol terbuka di Plaza Tol Ampangan.”

Alexander memaklumkan kadar tol ketika ini sebanyak RM2 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya Besraya dan RM8.30 sehala bagi keseluruhan Lebuhraya Lekas.

“Melalui penurunan kadar tol ini, kenderaan kelas 1 yang melalui Lebuhraya Besraya akan membayar RM1.85 sehala, manakala pengguna Lebuhraya Lekas akan membayar RM7.80 sehala,” jelasnya.

 


Pengarang :