Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kanak-kanak umur setahun lemas banjir di Kelantan

PASIR MAS, 19 DIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tiga bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, di sini, kira-kira 1 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Shapawi Stapa berkata mangsa dikatakan bermain di anjung rumah bersama kakaknya sebelum hilang di kawasan rumahnya yang sedang dilanda banjir.

“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu tengah hari tadi dan jentera digegaskan ke lokasi kejadian pada 1.04 tengah hari untuk operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah dijumpai penduduk kampung dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA


Pengarang :