AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kaunter bantuan masuk sekolah Tawas di Banting Sabtu ini

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 29 DIS: Orang ramai boleh menyerahkan permohonan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) Ahli Si Manja Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bagi kelahiran 2016 di Dewan Samkuan Kampung Pulau Areas, Banting.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan kaunter serahan dibuka 10 pagi hingga 4.30 petang pada 31 Disember dan ibu atau bapa sahaja yang hadir bagi mengelakkan kesesakkan.

“Orang ramai diingatkan agar memuat turun aplikasi Yayasan Anak Warisan Selangor di telefon pintar atau melayari http://rms.yawas.ny/member/Register untuk mendaftar pengenalan diri dan kata laluan bagi urusan penebusan PBMS,” katanya di Facebook.

Tawas yang diuruskan Yawas dilancarkan secara rasmi sempena sambutan Ambang Merdeka peringkat Selangor pada 30 Ogos 2008.

Program ini terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu dilakukan sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli Tawas menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.


Pengarang :