Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir memantau kerja penyedutan dalam longkang ketika program gotong-royong pascabanjir di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 6 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

KDEBWM sedia khidmat bantu penduduk jaya program gotong-royong

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 27 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyediakan perkhidmatan bagi membantu penduduk melaksanakan program gotong-royong di Selangor.

Pengarah urusannya berkata gotong-royong yang dijalankan biasanya berdasarkan kepada aktiviti atau program dianjurkan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Ahli Dewan Negeri (ADN).

“Selain itu, ia juga berdasarkan permohonan penduduk setempat.

“KDEBWM sentiasa aktif memaklumkan kepada orang ramai mengenai proses kerja gotong-royong atau pembersihan pascabanjir dari semasa ke semasa menerusi akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter,” kata Dato’ Ramli Mohd Tahir ketika dihubungi.

Menerusi akaun media sosialnya, syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negeri itu giat menjalankan gotong-royong dan pembersihan awam di beberapa kawasan.

Ia antara lain untuk menghapus tempat pembiakan Aedes, pembersihan sampah-sarap selain operasi pembersihan sisa banjir di kawasan terlibat.


Pengarang :