Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir ketika ditemu bual Media Selangor mengenai makluman terkini pengurusan sisa pepejal pascabanjir di pejabat KDEB, Shah Alam pada 27 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

KDEBWM sedia tong sampah pukal untuk kutipan musim perayaan

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 27 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) membekalkan tong Roll On Roll Off (RORO) di kawasan memerlukan untuk kutipan sampah pukal pada musim perayaan.

Pengarah urusannya berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor dan sebelum musim bermula akan dikenal pasti kawasan yang terlibat.

“KDEBWM akan menjalankan kutipan pukal seperti biasa di setiap PBT namun pada musim perayaan, kita akan bekerjasama untuk membekalkan tong RORO atau membuat kutipan rumah ke rumah bagi kemudahan penduduk membuang sampah pukal perayaan.

“Fokus akan diberikan kepada kawasan majoriti penduduk yang menyambut perayaan tersebut.

“Bagi PBT seperti di Shah Alam, Subang Jaya dan Klang pada kebiasaannya kira-kira 200 lokasi terlibat bagi setiap cawangan,” kata Dato’ Ramli Mohd Tahir ketika dihubungi.

Beliau berkata KDEBWM dan PBT sentiasa bekerjasama dan memastikan setiap kawasan mendapat perkhidmatan yang baik.


Pengarang :