Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir bergambar bersama pemenang ketika Petaling Jaya International Remote Control Powerboat Championship 2022 di Taman Tasik Bandaran, Petaling Jaya pada 11 Disember 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Kejohanan antarabangsa bot kawalan jauh tarik 120 peserta dari enam negara

PETALING JAYA, 11 DIS: Seramai 120 peserta dari enam negara menyertai Kejohanan Antarabangsa Bot Kawalan Jauh Petaling Jaya 2022 yang diadakan selama tiga hari sejak 9 Disember lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir berkata antara negara terlibat adalah Malaysia, Brunei, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand dan Indonesia.

“Ini merupakan kejohanan kali ke-10 kita anjurkan sejak diperkenalkan pada 2009 dan tahun ini sebanyak 450 bot dengan penglibatan 120 peserta dalam dan luar negara.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir melepaskan peserta bot kawalan jauh ketika Petaling Jaya International Remote Control Powerboat Championship 2022 di Taman Tasik Bandaran, Petaling Jaya pada 11 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI.

“Tahun ini kita menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM27,500 dan insya-Allah kita bercadang untuk anjurkan lagi pada tahun depan dengan sasaran lebih banyak negara sertai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas acara melepaskan peserta pada Kejohanan Antarabangsa Bot Kawalan Jauh Petaling Jaya 2022 di Tasik Bandaran Kelana Jaya di sini hari ini.

Azhan berkata Tasik Bandaran itu juga merupakan satu-satunya gelanggang terbesar yang menjadi pilihan peserta selama 10 tahun kejohanan bot kawalan itu berlangsung.

Peserta pertandingan Petaling Jaya International Remote Control Powerboat Championship 2022 di Taman Tasik Bandaran, Petaling Jaya pada 11 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Penganjuran program ini dapat mempromosi Petaling Jaya sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke sini dan Selangor terutamanya,” katanya.


Pengarang :