Antara mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan berada di Balai Polis Hulu Yam Bharu dan diberi rawatan oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Keluarga, waris mangsa diminta hubungi polis untuk maklumat terkini

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Keluarga atau waris mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali diminta menghubungi pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor untuk mendapatkan maklumat terkini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan waris atau keluarga mangsa boleh menghubungi DSP Reduan di talian 013-8767 700 atau Inspektor Azizi 019-5580 496.

Tragedi yang berlaku awal pagi tadi telah meragut 19 nyawa setakat 4.40 petang manakala 14 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan.

– BERNAMA


Pengarang :