Suasana sekitar dengan pengunjung mencari buku dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 6 Disember 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Kerajaan digesa sedia geran khas terjemah karya tempatan ke bahasa asing

SHAH ALAM, 7 DIS: Kerajaan disaran menyediakan geran khas kepada penulis dan syarikat penerbitan untuk menterjemah karya tempatan ke bahasa asing.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata usaha itu diyakini akan merancakkan aktiviti penterjemahan karya sekali gus mengangkat nama negara di mata dunia.

“Misalnya boleh terjemah buku tempatan ke bahasa Jerman, Turki, Korea dan Arab yang secara tidak langsung mendorong ramai pelancong datang ke negara ini khususnya Selangor.

“Kita doakan supaya industri buku negara terus berkembang selari dengsn slogan pendidikan menjana pendapatan,” kata Datin Paduka Mastura Muhamad hari ini.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Ditemui di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, beliau turut menasihati ibu bapa supaya menerapkan minat anak mereka terhadap bahan bacaan.

“Ibu bapa kena pastikan anak-anak bukan hanya pegang gajet sepanjang masa tetapi baca buku. Kena bacakan buku untuk anak-anak, insya-Allah mereka boleh jadi pembaca yang bagus.

“Selepas itu mereka akan minat menulis. Benda ini penting sebab kita memerlukan karya tempatan untuk diterjemah supaya orang negara lain tahu budaya kita,” katanya.


Pengarang :