Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 1 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kerajaan Negeri sasar pasang 1,600 WiFi Smart Selangor hingga akhir tahun

SHAH ALAM, 1 DIS: Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 1,600 perkhidmatan WiFi Smart Selangor (WiFiSS) diaktifkan secara keseluruhan sehingga hujung tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata daripada jumlah itu 873 WiFiSS telah dipasang dan diguna pakai setakat semalam.

“727 lagi sedang dipasang dan diaktifkan secara berperingkat. Kita sasarkan 1,600 jaringan internet ini akan diaktif sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan Belanjawan 2023 pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin berkata Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada Julai lalu turut meluluskan penjajaran baharu WiFiSS dengan menumpukan kepada kawasan perumahan, pendidikan, kesihatan dan keagamaan, komuniti, pengangkutan, agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri.

“Manakala, ketika pembentangan belanjawan saya ingin memberi tumpuan kepada semua 371 kampung terdahulu terutamanya kampung tradisi, kampung bagan, kampung baharu Cina.

“Semua tempat ini kita akan semak semula dan jika tiada kita akan letakkan juga WiFiSS mungkin di balai raya, rumah ibadah, surau atau padang permainan untuk kegunaan masyarakat sekeliling,” katanya.


Pengarang :