Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan berucap ketika Majlis perasmian Program Penghargaan Bandar Rendah Karbon MPK 2022 di Hotel Premier, Klang pada 15 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Kes denggi di Klang meningkat, penduduk dinasihat bersih kediaman

KLANG, 17 DIS: Wabak denggi di daerah ini meningkat kepada 5,747 kes pada minggu epidemiologi (ME) ke-49 dari 4 hingga 10 Disember berbanding tempoh sama tahun lepas.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan berkata kes denggi mencatat 3,000 orang tahun lalu namun meningkat dengan majoriti melibatkan kes di kediaman.

“Antara Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencatat kes paling tinggi ialah Sentosa dengan 1,192 kes, Kota Kemuning (1,086), Sungai Kandis (663) dan Sementa (505),” katanya pada Program Penghargaan Bandar Rendah Karbon 2022 kelmarin.

Beliau turut menasihatkan orang ramai membersihkan kediaman masing-masing bagi mengelak wabak terus meningkat.

“Mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan kes denggi berkurangan.

“Ambil langkah pencegahan dengan membersihkan kediaman dan memastikan tiada air bertakung terutama di kawasan luar rumah,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata lima kematian akibat komplikasi demam denggi berlaku pada ME-49 melibatkan dua kes di Perak dan masing-masing satu kes di Selangor, Johor dan Sarawak.


Pengarang :