30 kakitangan MPAJ akan mengibarkan bendera logo MPAJ dalam misi T30 untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Foto MPAJ
PBTSELANGOR

Kibar bendera logo MPAJ di Gunung Kinabalu sambut ulang tahun ke-30

SHAH ALAM, 7 DIS: Ulang tahun ke-30 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bakal mencipta sejarah apabila logo MPAJ akan berkibar di puncak Gunung Kinabalu.

Ketua bahagian perhubungan awam pihak berkuasa tempatan itu berkata 30 kakitangannya akan mendaki Gunung Kinabalu dari 13 hingga 17 Disember ini.

Norhayati Ahmad berkata misi T30 Puncak Kinabalu akan membawa bendera logo MPAJ berukuran 17.8 meter tinggi dan 12.8 meter lebar di ketinggian 4,095 meter sebagai simbolik sambutan ulang tahun MPAJ ke-3o tahun pada 1 Julai lepas.

“Ekspedisi ini merupakan usaha pertama pihak berkuasa tempatan Selangor yang mempromosikan imej atau logo korporat terbesar di puncak Gunung Kinabalu.

“Siri latihan dibuat di Bukit Broga, Kemensah serta Gunung Angsi bagi memantapkan stamina peserta,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata ekspedisi turut disertai wakil Persatuan Kembara Negara serta Malaysia Book Of Records yang bakal mengiktiraf program berkenaan.


Pengarang :