BUDAYA RENCANA

Kita yang lupa pada kenangan luka di pelabuhan

Telah kuduga ribut yang menggila ruyup dalam sepoi angin terlena. semua terbuang jejaknya kerana sebentar nanti yang tinggal hanyalah tanda tanya dan malam tertanggal mimpinya.

ii.
pelabuhan. hanyalah tempat kapal berlabuh dan istirahat. tak guna bertanyakan pelayaran dan kesengsaraan kerana semuanya terpintal pada sauh dan tali pengikat di dermaga. semuanya hanya kembali untuk bermula.

iii.
semuanya hanya tentang apa dan bagaimana. kerana keberangkatan pasti bermula semula di sini.

Ghazali Sulong


Pengarang :