Najwan Halimi meninjau permasalahan penduduk Mutiara Bukit Raja di Klang pada 11 Mei 2019. Foto Facebook Najwan Halimi
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Kolam takungan atasi banjir Taman Mutiara Bukit Raja siap Oktober 2024

SHAH ALAM, 1 DIS: Kerja pembinaan kolam takungan di Taman Mutiara Bukit Raja di sini dijangka siap pada Oktober 2024.

Wakil rakyat Kota Anggerik berkata pembinaan bermula pada 28 Oktober lalu itu bakal mengatasi masalah banjir yang meresahkan penduduk sejak lebih tiga tahun lalu.

“Alhamdulillah, setelah lebih tiga tahun memperjuangkan isu ini dan turut mengusulkannya di dalam Dewan Negeri Selangor.

“Akhirnya kerja-kerja pembinaan kolam takungan bagi mengatasi masalah banjir di Taman Mutiara Bukit Raja bakal direalisasikan,” kata Najwan Halimi menerusi Facebook.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri serta agensi-agensi berkaitan yang terlibat dalam usaha menangani permasalahan itu.

“Saya juga rakamkan penghargaan buat penduduk Taman Mutiara Bukit Raja yang sentiasa sabar menanti dan mendukung ikhtiar saya selama ini,” katanya.


Pengarang :