Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (kanan) bersama timbalannya Lim Hui Ying ketika sidang media khas di Kementerian Pendidikan pada 15 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

KPM sudah ambil tindakan kes pelajar dibuli selepas didedahkan PM

PUTRAJAYA, 15 DIS: Kes buli membabitkan seorang pelajar sekolah seperti didedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sudah diambil tindakan, kata Menteri Pendidikan.

Fadhlina Sidek berkata kes itu berada dalam pemerhatian kementerian malah tindakan perlu sudah dilakukan namun pihaknya tidak boleh mendedahkannya.

“Kita sudah ambil tindakan tertentu tetapi tidak boleh dedahkan kerana soal keselamatan dan menghormati keluarga,” katanya pada sidang media khas lapor Berita Harian hari ini.

Fadhlina berkata menjadi keutamaan KPM selama ini melindungi pelajar sekolah daripada dibuli.

Anwar sebelum ini meminta KPM menyiasat segera isu buli dihadapi pelajar itu selepas beliau menerima gambar surat luahan yang mana pelajar itu meminta perkara berkenaan diberi perhatian.

Dalam surat itu, pelajar berkenaan menyatakan dia dibuli pelajar lain namun mendakwa gurunya tidak mengenakan sebarang tindakan, malah dilihat bersikap rasis.

Justeru, pelajar itu memohon Anwar untuk memastikan perkara terbabit tidak berlaku lagi.


Pengarang :