Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat KSSB Mohd Mirza Kamarudin (kanan) menyerahkan cek cura bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2021 kepada Timbalan Mufti Selangor Prof Madya Dr Miszairi Sitiris (tengah) sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbin (kiri) di Dewan Dewan Orkid, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Shah Alam pada 20 Disember 2022. Foto KSSB
AGENSISELANGOR

KSSB, anak syarikat tunai zakat perniagaan 2021 RM1 juta

SHAH ALAM, 25 DIS: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bersama anak syarikatnya membayar zakat perniagaan 2021 berjumlah RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Syarikat perlombongan dan pengurusan sumber mineral milik Kerajaan Negeri itu turut mengagihkan tiga per lapan atau 37.5 peratus daripada jumlah bayaran zakat kepada asnaf fakir dan miskin.

Menurut Eksekutif Kanan Komunikasi Korporatnya Mohd Mirza Kamarudin, agihan itu termasuk asnaf fisabilillah yang terdiri daripada kakitangan dan ahli keluarga kakitangan serta komuniti berhampiran tapak operasi KSSB.

“Bayaran zakat perniagaan 2021 merekodkan nilai keseluruhan yang berjumlah RM11.1 juta dengan penglibatan 45 syarikat.

“KSSB antara entiti perniagaan yang hadir bagi menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan zakat perniagaan. Semoga serahan zakat membantu golongan memerlukan,” katanya kepada Selangorkini.

Majlis penyerahan zakat diadakan di Dewan Orkid, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini pada 20 Disember lalu.

KSSB diwakili Mohd Mirza yang menyerahkan cek cura kepada Timbalan Mufti Selangor Prof Madya Dr Miszairi Sitiris sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbin.


Pengarang :