Pengerusi Lembaga Zakat Selangor, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail bergambar bersama penerima sumbangan zakat Tabung Kebajikan pesakit hospital dan geran pendidikan anak kelainan upaya di Auditorium 1 Hospital UiTM Puncak Alam pada 2 Disember 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kutipan zakat Selangor hampir RM750 juta sehingga November lepas

Oleh DIANA ABD WAHAB

PUNCAK ALAM, 2 DIS: Kutipan zakat negeri sebelum diaudit kini mencecah hampir RM750 juta setakat November lalu, kata ketua pegawai eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata jumlah itu melepasi kutipan berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kita harap dengan peningkatan komitmen serta kesedaran pembayar lama dan baru menunaikan tanggungjawab, LZS sasarkan jumlah kutipan lebih dari tahun lepas,” katanya.

LSZ yakin sasaran itu mampu dicapai pada hujung Disember ini menerusi sumbangan pembayar zakat bagi meningkatkan bantuan kepada asnaf yang memerlukan.

LSZ sudah membelanjakan kira-kira 70 peratus daripada jumlah kutipan manakala baki diperuntukkan untuk golongan yang belum memohon bantuan daripada agensi berkenaan.


Pengarang :