AGENDA NASIONAL

Laluan KM393.4 Bukit Besi LPT2 terhalang, pengguna dinasihat ikut jalan alternatif

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 19 DIS: Laluan di Kilometer 393.4 di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) antara Bukit Besi ke Ajil terhalang berikutan kejadian cerun runtuh pagi tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi Facebook memaklumkan pemandu dari Kuala Lumpur yang menghala ke Kuala Terengganu dinasihatkan keluar di Plaza Tol Dungun (Mandatori Exit).

“Walau bagaimanapun, perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kuantan/Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya LPT2 masih boleh dilalui oleh semua kenderaan seperti biasa.

“Untuk pemandu yang keluar dari Plaza Tol Dungun, anda dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Pantai (FT03) untuk menuju ke Kuala Terengganu,” katanya.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya memaklumkan Jalan lama Bentong-Kuala Lumpur tidak dapat dilalui buat masa sekarang berikutan beberapa lokasi telah berlaku tanah runtuh, pokok tumbang dan jalan utama terputus.


Pengarang :