Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lapan negeri diramal hujan lebat mulai hari ini hingga Ahad

SHAH ALAM, 1 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan lapan negeri mengalami hujan lebat mulai hari ini sehingga Ahad.

Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah berkata negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Penang, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Sabah, lapor The Star.

“Angin kencang timur dijangka bertumpu di timur Sabah dan di pantai timur serta bahagian utara semenanjung sehingga 5 Disember. Ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di kawasan terjejas.

“Pada masa yang sama, sistem cuaca tekanan rendah dijangka terbentuk di Laut China Selatan pada 2 Disember dan diramalkan bergerak ke barat merentasi sempadan Malaysia-Thailand ke arah Laut Andaman dari 3 hingga 4 Disember,” katanya.

Tambah beliau ribut juga dijangka berlaku sepanjang pantai dan perairan Kelantan dan Terengganu yang membahayakan aktiviti pantai dan marin.

Muhammad Helmi menasihati orang ramai merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :