Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Prihatin Rakyat DUN Kota Damansara di Dewan Serbaguna MBPJ, Petaling Jaya pada 4 September 2022.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Lebih 300 warga DUN Bukit Lanjan kunjungi jualan murah, semua barangan habis awal

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 4 DIS: Lebih 300 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan mengunjungi jualan barangan asas murah di Dewan Serbaguna Bandar Sri Damansara hari ini.

Pekerja Am Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata semua 500 ekor ayam standard, daging pejal (300 pek), minyak masak 5 kg (150 botol), beras (300 kampit), ikan kembung (300 pek) dan telur (300 papan) habis terjual.

“Minyak masak menjadi barang asas yang habis awal untuk program di sini. Kesemua barangan asas yang dibawa turut habis dijual sekitar jam 1.30 tengah hari dengan hasil jualan kira-kira RM19,000,” kata Muhammad Syahmi ketika dihubungi hari ini.

Jualan Ehsan Rakyat anjuran PKPS yang dilanjutkan sehingga Mac tahun depan menawarkan jualan harga barangan makanan pada harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Jelajah jualan itu menyediakan barangan asas seperti ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung atau selayang (RM6 per pek), minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :