Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika rumah terbuka sambutan perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2022 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 13 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 3,000 individu pelbagai kaum hadiri sambutan Krismas negeri

PETALING, 13 DIS: Lebih 3,000 individu pelbagai kaum menghadiri sambutan Krismas dan rumah terbuka peringkat Selangor dari jam 6 petang hingga 10.30 malam hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata saban tahun negeri ini meraikan pelbagai perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.

“Kekuatan ini melambangkan tekad Selangor yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap majlis perayaan yang disambut oleh semua kaum di Malaysia tanpa mengira batasan bangsa dan agama.

Rumah terbuka sambutan perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2022 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 13 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ini adalah keunikan Selangor Darul Ehsan, di mana kepelbagaian masyarakat dan budaya adalah aset yang paling berharga buat negeri ini dan ia menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus memelihara semangat perpaduan dan kekitaan,” katanya.

Amirudin berucap merasmikan sambutan berkenaan di Dewan Sivik MBPJ. Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Masdiana Muhamad dan EXCO Pelancongan Hee Loy Sian.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan menarik daripada pemain biola, Dr Joanne Yeoh dan kumpulan koir FGT Church Choir, GA611 Church, Roman Catholic Church dan Kaya Band.


Pengarang :