Sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 5 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 65 peratus belanja pembangunan Belanjawan 2022 selesai digunakan

SHAH ALAM, 5 DIS: Kerajaan Negeri menggunakan 65.38 peratus atau RM734.2 juta daripada peruntukan perbelanjaan pembangunan Belanjawan Selangor 2022 setakat 31 Oktober.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yakin perbelanjaan itu boleh mencecah sehingga 90 peratus hujung tahun ini daripada keseluruhan RM1.123 bilion yang diluluskan.

“Ini berdasarkan rekod prestasi dan perbelanjaan tahun lalu kerana sebahagian daripada penggunaan kewangan hanya akan diselesaikan apabila sesuatu projek atau program dilaksanakan,” katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri Semenyih Zakaria Hanafi berhubung perkara itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM2.34 bilion bagi Belanjawan Selangor 2022 dengan RM1.22 bilion atau 52 peratus bagi perbelanjaan mengurus dan baki untuk pembangunan.


Pengarang :