Suami isteri Jaafar Yakob, 75, dan Zaidah Yusoff, 62, menggunakan perahu meredah banjir untuk urusan mendaftar masuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kubang Kual berikutan rumah mereka ditenggelami air pada 11 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lebih 7,000 mangsa banjir empat negeri masih di PPS

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 26 DIS: Seramai 7,054 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan Kelantan, Terengganu, Perak dan Sarawak setakat 8 pagi ini.

Jumlah mangsa di Terengganu menurun daripada 3,908 orang semalam kepada 1,438 orang berikutan banyak tempat terjejas telah pulih.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan sebanyak 12 PPS dibuka di Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Mangsa di Kelantan juga menurun dengan 5,411 orang ditempatkan di 18 PPS di Pasir Mas dan Tumpat.

Mangsa banjir dua negeri tidak berubah iaitu Perak dengan 62 orang di satu PPS dan Sarawak (141 orang di satu PPS).

Manakala 1,362 mangsa banjir dan kejadian air pasang besar di Sandakan, Sabah semalam masih berlindung di empat PPS.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramal ribut petir di satu dua tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan pada sebelah petang.


Pengarang :