Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. – Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Lima daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 4 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima daerah di Selangor sehingga 11 pagi ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Keadaan sama turut dijangka di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :