Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat menyita sebuah lori yang membuang sampah secara haram di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 8 Disember 2022. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Lori disita ketika leka buang sisa binaan secara haram

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 9 DIS: Sebuah lori disita oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) ketika leka membuang sampah secara haram di Telok Panglima Garang semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tindakan dilakukan hasil tinjauan pegawai penguatkuasaannya di tapak pembuangan terbabit.

“Lori berkenaan didapati melakukan kesalahan membuang sampah bahan binaan dan sampah domestik tanpa kebenaran,” katanya menerusi Facebook.

MPKL menjelaskan tindakan sitaan terhadap lori berkenaan telah dibuat di bawah Undang-Undang Kecil 21 (1), Undang-Undang Kecil Pemungutan,Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007.


Pengarang :