Keadaan lorong belakang sebuah premis makanan di Banting. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Lorong belakang kedai kotor, MPKL keluar dua notis ke atas sebuah premis makanan

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 22 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan dua notis ke atas sebuah premis makanan di Banting kerana membuat kekotoran di lorong belakang kedai pada Isnin lalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, tindakan dilakukan mengikut Undang-undang Kecil 21(1)(d), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian 2007.

“Hasil daripada rondaan harian dan pemantauan, MPKL telah mengeluarkan satu notis kesalahan dan satu notis pemberitahuan terhadap satu premis makanan yang membuat kekotoran itu,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sehubungan itu, MPKL mengingatkan pengusaha kedai makan menjaga kebersihan di lorong belakang premis masing-masing bagi mengelak dikenakan tindakan.


Pengarang :