Seramai 48 anak asnaf kategori fakir dan miskin sekitar daerah Hulu Selangor menyertai program khatan perdana anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 10 Disember 2022. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS anjur khatan perdana 48 anak asnaf fakir dan miskin

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 13 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan program khatan perdana sempena cuti sekolah melibatkan 48 anak asnaf kategori fakir dan miskin sekitar daerah Hulu Selangor.

Menurut kenyataan agensi terbabit di Facebook semalam program pada 10 Disember lepas itu melibatkan kerjasama Klinik As Salam.

“Semoga program ini dapat meringankan beban kewangan asnaf dan memberi semangat kepada anak-anak yang diraikan. Terima kasih pengeluar zakat,” kata agensi itu.

Program terbabit dirasmikan Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Md Yusmizan Yusof.

Hadir sama Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Asnaf Zainudin Johari dan wakil Klinik As Salam Kuala Kubu Bharu, Dr Mohd Taqiudin Alhelmi Abdul Rahman.


Pengarang :