AGENSISELANGOR

LZS tawar pakaian, barang elektrik percuma buat asnaf esok

SHAH ALAM, 23 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan program agihan barang percuma kepada asnaf dan penduduk berpendapatan rendah (B40) di ibu pejabatnya, di sini esok.

Menurut agensi tersebut, program Free Market yang bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari menawarkan barangan seperti pakaian, perkakas elektrik dan mainan sumbangan orang ramai.

“Ini merupakan acara tahunan sejak beberapa tahun lalu namun terhenti ketika penularan wabak Covid-19. LZS sebagai pusat bantuan dan segala barangan disumbang oleh penduduk.

“Kita tawarkan kepada semua namun mengutamakan golongan asnaf. Mereka yang mahu mendapatkan barangan digalakkan meminta izin dan ambil yang perlu sahaja,” katanya kepada SelangorKini.

LZS memaklumkan individu yang berminat menyumbang barangan keperluan boleh menghubungi talian 01123251159 dan 0133326262.


Pengarang :