Penduduk yang terperangkap akibat banjir diselamatkan anggota bomba di Kampung Balik Bukit, Bandar Permaisuri, Terengganu pada 18 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa bah di lima negeri meningkat kepada 63,415 setakat 6 pagi tadi

SHAH ALAM, 20 DIS: Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor meningkat kepada 63, 415 orang susulan fenomena Monsun Timur Laut setakat jam 6 pagi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara menerusi Twitter memaklumkan sebanyak 458 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima negeri berkenaan dengan Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan.

Terengganu paling teruk terjejas apabila seramai 37,021 orang daripada 10,211 keluarga kini berteduh di 309 PPS.

Di Kelantan mangsa banjir membabitkan meningkat kepada 25,353 orang daripada 6,897 keluar dengan 133 PPS dibuka.

Sementara di Pahang, 11 PPS dibuka bagi menempatkan 934 mangsa daripada 235 keluarga yang terjejas bah.

Manakala di Johor, seramai 53 orang daripada 17 keluarga berteduh di tiga PPS dan di Perak 54 orang daripada 17 Keluarga masih menghuni dua PPS.


Pengarang :