Situasi banjir yang melanda daerah Setiu semasa tinjauan di Kampung Buluh, Bandar Permaisuri, Terengganu pada 19 Disember 2022. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa bah di Terengganu terus meningkat, tiga negeri lagi kekal

SHAH ALAM, 20 DIS: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat 1,785 orang menjadikannya 38,806 orang daripada 10,629 keluarga dengan 318 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat 12 tengah hari.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara, jumlah mangsa di tiga negeri iaitu Kelantan, Perak dan Johor kekal sementara di Pahang sedikit menurun.

Di Kelantan, seramai 25,353 orang daripada 6,897 keluarga masih menghuni 133 PPS sementara di Johor,  53 orang daripada 17 keluarga berteduh di tiga PPS dan di Perak 54 orang daripada 17 Keluarga masih di dua PPS.

Bagaimanapun di Pahang, jumlah mangsa menurun kepada 873 membabitkan 214 keluarga yang kini berteduh di lapan PPS.


Pengarang :