Sebahagian mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Kepah di Hulu Terengganu selepas rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan hari ini. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Mangsa banjir empat negeri berkurang, Sabah sedikit meningkat

SHAH ALAM, 27 DIS: Mangsa banjir di empat negeri berkurang manakala Sabah sedikit meningkat dengan jumlah keseluruhan 2,655 orang setakat jam 6 pagi ini berbanding 8,416 semalam.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan sebanyak 693 keluarga masih terjejas yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara.

Jumlah mangsa di Sabah meningkat kepada 1,589 berbanding 1,362 orang yang berlindung di sembilan PPS akibat kejadian air pasang besar di Sandakan.

Mangsa di Kelantan menurun kepada 718 berbanding 5,411 orang semalam di lima PPS manakala Terengganu mencatat 138 orang berbanding 1,438 di dua PPS.

Jumlah mangsa di Perak dan Sarawak juga menurun masing-masing 62 dan 57 orang.


Pengarang :