Anggota tentera membantu penduduk Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak, Terengganu yang terjejas banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas mereka pulang untuk mengambil barangan keperluan pada 21 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa banjir Kelantan, Terengganu berlindung di PPS turun kepada 54,057 orang

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 22 DIS: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu merekodkan penurunan daripada 66,124 orang kepada 54,057 setakat jam 5 petang tadi.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan data terkini mangsa banjir di Kelantan seramai 25,023 orang daripada 7,804 keluarga berada di 77 PPS.

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri yang terkesan tidak banyak berubah dengan Johor iaitu 46 orang di dua PPS, Pahang (22 orang, satu PPS) dan Perak (26 orang, satu PPS).

Sementara itu, MetMalaysia melaporkan hujan lebat berterusan tahap bahaya diramal di Pahang iaitu daerah Pekan dan Rompin manakala Johor (Mersing dan Kota Tinggi) sehingga esok.

Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka di Kuantan, Pahang dan Johor di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai serta Johor Bahru sehingga esok.


Pengarang :