Pasukan bomba membawa mayat yang ditemui di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada 18 Disember 2022. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
AGENDANASIONAL

Mayat kanak-kanak perempuan mangsa ke-25 tanah runtuh ditemui

SHAH ALAM, 21 DIS: Mayat kanak-kanak perempuan yang merupakan mangsa ke-25 tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Batang Kali ditemui.

Penolong pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan mangsa jam 11.20 malam tadi.

Hafisham Mohd Noor berkata maklumat lanjut berhubung penemuan itu akan dimaklumkan nanti, lapor Berita Harian.

Tragedi tanah runtuh berhampiran Father’s Organic Farm, Jalan Genting Jumaat lalu menyaksikan 61 selamat, 25 terkorban dan baki lapan lagi masih hilang.

Bernama melaporkan berdasarkan data Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), seramai 29 daripada keseluruhan 94 mangsa adalah kanak-kanak.


Pengarang :