AGENDANASIONAL

Maybank nafi dakwaan data bocor, jamin tiada pelanggan terjejas

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Malayan Banking Bhd (Maybank) mengesahkan dakwaan mengenai kebocoran data pelanggan yang dikatakan oleh pihak ketiga adalah tidak benar.

Dalam kenyataan hari ini, bank itu memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa data mereka kekal selamat dan tiada data pelanggan yang terjejas.

“Maybank akan terus memberi keutamaan kepada keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan datanya kerana perlindungan data pelanggan amat penting kepada bank,” katanya.

Menurut kenyataan itu, siasatan telah dijalankan oleh pihak bank.

Menurut satu catatan di Facebook, sebuah laman web telah menyenaraikan butiran 3.5 juta pelanggan Astro, 1.8 juta pelanggan Maybank dan 7.2 juta pengundi pada 7.56 malam pada 25 Disember.

Maklumat bocor itu didakwa melibatkan ID log masuk, nama penuh, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan.

-BERNAMA


Pengarang :