Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan pada sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 6 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Denda hingga RM500,000, penjara ceroboh tanah kerajaan

SHAH ALAM, 6 DIS: Mana-mana pihak yang didapati cuba menceroboh tanah kerajaan boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan kompaun atau tuntutan ganti rugi tanah juga boleh dikenakan terhadap penceroboh yang dikenal pasti melakukan kesalahan itu.

“Langkah yang wajar diambil jika terdapat pencerobohan atas tanah kerajaan adalah mengambil dan mengenakan tindakan tegas terhadap individu, syarikat atau mana-mana entiti,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri berhubung pemutihan pencerobohan tapak tanah milik negeri dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin berkata pencerobohan berskala besar yang sering dilakukan meliputi tanaman kekal seperti kelapa dan kelapa sawit selain mendirikan struktur kekal seperti kediaman, bengkel dan gudang.

Sementara itu, jelasnya, pencerobohan berskala kecil pula melibatkan tanaman kontan di bahu jalan seperti penanaman pokok pisang, serai dan jagung.

 


Pengarang :