Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan Batik Selangor kepada Speaker Dewan Negeri Ng Suee Lim sambil disaksikan EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah pada Majlis Pelancaran Batik Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 1 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB lancar Batik Selangor corak bunga tanjung, identiti rasmi negeri

SHAH ALAM, 1 DIS: Dato’ Menteri Besar melancarkan Batik Selangor bercorak bunga tanjung kelopak sembilan di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Batik bercorak bunga tanjung kelopak sembilan itu sebagai simbolik sembilan daerah yang terdapat di negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebagai permulaan, batik yang dihasilkan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan kerjasama Kraftangan Malaysia digayakan oleh EXCO, ahli dewan negeri dan penjawat awam di negeri ini.

Kakitangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) menggayakan Batik Selangor pada majlis pelancaran di Bangunan Annex, Shah Alam pada 1 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Penjawat awam juga akan menggayakan batik ini diikuti dengan pimpinan ketua kampung dan akar umbi serta ahli majlis pihak berkuasa tempatan supaya pakaian ini dapat dipopularkan.

“Batik Selangor yang mempunyai rekaan unik bakal dijadikan identiti rasmi negeri ini. Selangor bukan sahaja penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi perlu ada karakter, watak dan imej tertentu.,” katanya.

Dalam majlis sama, Amirudin dan tetamu turut disajikan dengan juadah nasi ambeng yang diwartakan sebagai makanan tradisi dan warisan Selangor.

Kakitangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) menggayakan Batik Selangor pada majlis pelancaran di Bangunan Annex, Shah Alam pada 1 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :