Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menziarahi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis di Hospital Selayang pada 20 Disember 2022. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor
AGENDA NASIONAL

MB lawat pengarah bomba Selangor di Hospital Selayang

SHAH ALAM, 20 DIS: Dato’ Menteri Besar menziarahi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis di Hospital Selayang.

Jabatan itu memaklumkan kehadiran Dato’ Seri Amirudin Shari pada jam 12.46 tengah hari tadi diiringi pegawai kesihatan hospital berkenaan.

“Semoga kesihatan Dato’ Norazam Khamis kembali sembuh dengan cepat,” tulisnya di Facebook.

Petang semalam, Norazam dimasukkan ke hospital selepas diserang angin ahmar ringan (minor stroke) selain keletihan. Bagaimanapun keadaan beliau terkawal dan sedarkan diri.

Beliau terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali sejak awal tragedi Jumaat lalu.


Pengarang :