Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis makan malam bersama ahli Pertubuhan Kebudayaan, Kesenian dan Sosial Terengganu (Pekesas) serta Pertubuhan Amal Wanita Terengganu di Restoran Terowong Pulau Kambing, Kuala Terengganu pada 30 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB makan malam, erat hubungan dengan NGO Terengganu

KUALA TERENGGANU, 31 DIS: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa makan malam bersama dua badan bukan kerajaan (NGO) Terengganu di Restoran Terowong Pulau Kambing di sini malam tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba kira-kira 8.30 malam beramah mesra bersama lebih 70 ahli Pertubuhan Kebudayaan, Kesenian dan Sosial Terengganu (Pekesas) dan Pertubuhan Amal Wanita Terengganu.

Beliau berkata majlis bersama rakan NGO itu dapat merapatkan hubungan dan mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.

“Saya berharap majlis ini dapat mengukuhkan pentadbiran pada masa ini dan berusaha bersama melakukan perubahan di Terengganu pada masa akan datang,” katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Terdahulu, Amirudin menyerahkan bantuan RM500,000 kepada kerajaan Terengganu bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Serahan dibuat dalam kunjungan hormat ke kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Seri Iman di sini semalam.


Pengarang :