Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF2022) di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB rasmi Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 2 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022, malam tadi.

Majlis perasmian yang disempurnakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam turut dihadiri Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad.

Pada majlis sama, Anugerah Ilustrator Yusof Gajah 2023 turut dilancarkan.

SIBF 2022 dianjurkan Kerajaan Negeri dan PPAS sebagai urusetia julung kali diadakan hasil kesinambungan Pesta Buku Selangor yang dijalankan selama 16 kali sejak 2006.

Selain pameran dan jualan buku, pelbagai aktiviti menarik termasuk sembang santai bersama sasterawan dan karyawan, cabutan harian untuk pengunjung bertuah, pertandingan bercerita, bersajak, bersyair, catur, pantomin dan persembahan dikir barat untuk pelajar sekolah dianjurkan sehingga 11 Disember ini.

 


Pengarang :