Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirurudin Shari (lima, kanan) menyerahkan cek cura kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (lima, kiri) ketika kunjungan hormat ke kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu di Kuala Terengganu pada 30 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB serah bantuan banjir RM500,000 kepada Terengganu

KUALA TERENGGANU, 30 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan bantuan RM500,000 kepada kerajaan Terengganu bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Serahan dibuat dalam kunjungan hormat ke kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Seri Iman di sini hari ini.

“Saya percaya sumbangan ini dapat membantu meringankan beban penduduk yang terkesan dan Kerajaan Terengganu dalam menangani bah.

“Ini merupakan kerjasama antara negeri-negeri sebagaimana tahun lepas Terengganu dan negeri-negeri lain membantu Selangor,” katanya ketika ditemui.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirurudin Shari (tengah) bercakap kepada media selepas kunjungan hormat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu di Kuala Terengganu pada 30 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Terengganu Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Mohamad Nizam Marjugi.

Selasa lalu, Amirudin menyampaikan sumbangan sama kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebagai tanda kebersamaan dan simpati terhadap nasib yang menimpa penduduk negeri itu.

Pada 20 Disember, Dato’ Menteri Besar memaklumkan Kerajaan Selangor menghulur sumbangan RM1 juta kepada Kelantan dan Terengganu bagi membantu mangsa banjir di negeri berkenaan.

 

 


Pengarang :