Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluang masa bersarapan bersama penduduk di Kampung Nakhoda, Gombak pada 12 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB turun padang bertemu penduduk Gombak, tinjau tanah runtuh di Sungai Pusu

GOMBAK, 12 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turun padang bertemu penduduk Gombak dan meninjau beberapa kawasan sekitar tiga dewan undangan negeri (DUN) di bawah parlimen itu hari ini.

Lawatan bermula di pasar pagi Selayang Baru yang turut disertai Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz. Dalam program tersebut beliau beramah mesra dengan peniaga serta meninjau saluran pengairan di pasar terbabit.

Amirudin kemudian bersarapan bersama masyarakat setempat di Kampung Nakhoda sebelum melawat lokasi kejadian tanah runtuh melibatkan rumah seorang penduduk di Kampung Sungai Pusu yang berlaku tengah malam tadi.

Pada petang ini, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua dijadual menghadiri majlis bersama jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) serta beberapa program santai bersama penduduk setempat.

Pada pilihan raya umum lepas, Dato’ Menteri Besar yang juga pengerusi HARAPAN negeri merampas kerusi disandang bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selama tiga penggal dengan majoriti 12,729 undi.


Pengarang :