Merafak sembah tahniah dan ucap selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-31 Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

MB ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Muda Selangor

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 12 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan tahniah dan selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor.

“Merafak sembah tahniah dan ucap selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-32 DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Semoga DYTM Raja Muda Selangor dilimpahi rahmat, dikurnia kesihatan yang berpanjangan dan ‘afiyah serta senantiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa. Daulat Tuanku,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Selangor Royal Office menerusi kenyataan di Facebook mendoakan semoga Allah melanjutkan usia Tengku Amir Shah yang menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-32 hari ini.

“Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat,” katanya.


Pengarang :