AGENDANASIONAL

MB ucap terima kasih, pengorbanan pasukan penyelamat tidak terhingga

SHAH ALAM, 25 DIS : Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Batang Kali.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat dalam tragedi tanah runtuh Batang Kali.

“Jasa dan pengorbanan anda tidak terhingga. Moga sentiasa dilindungi Allah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada 2.42 pagi 16 Disember lalu itu mengakibatkan 31 nyawa terkorban dan 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan dalam kejadian itu.

Operasi SAR melibatkan kerjasama lima agensi utama iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).


Pengarang :