Penduduk yang terjejas akibat banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara terdekat menggunakan lori di Kampung Kepah, Hulu Terengganu pada 18 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

MBI sumbang kit kebersihan, makanan kepada mangsa banjir Pantai Timur

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KLANG, 22 DIS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang kit kebersihan dan bekalan makanan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI berkata setakat ini sebanyak 500 kit kebersihan dan 500 pek makanan ‘retort’ akan dihantar ke Terengganu esok.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor di majlis sumbangan komputer riba kepada pelajar B40 di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang pada 22 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Untuk bantuan banjir di Pantai Timur setakat ini kita tidak terlibat secara langsung tetapi ada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang datang kepada kami dan memohon bantuan.

“Kita ada kit kebersihan dan makanan ‘retort’ yang sebahagiannya sudah mula disalurkan kepada NGO untuk dihantar ke Kelantan dan Terengganu.

“Di Pahang pula untuk kawasan yang sudah reda banjir kita cuba bantu dalam bentuk bakul makanan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Bercakap selepas menyerahkan komputer riba kepada 16 pelajar hari ini, beliau berkata MBI sudah menyalurkan dana RM70,000 minggu lalu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor untuk bantuan bencana banjir.


Pengarang :