MBI menyumbangkan makanan dan minuman kepada petugas kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor pada 16 Disember 2022. Foto Facebook MBI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI sumbang makanan, minuman kepada petugas kejadian tanah runtuh

SHAH ALAM, 16 DIS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbangkan makanan dan minuman kepada petugas kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor.

Agensi itu memaklumkan, sumbangan melalui Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat itu membabitkan 30 karton air mineral dan 100 pek makanan kepada petugas terlibat.

“Semoga urusan penyelamat dipermudahkan dan sama-sama kita berdoa agar mereka yang masih belum ditemui, akan dapat dikeluarkan dari runtuhan dengan selamat,” katanya menerusi Facebook.

Anggota Rela membantu membawa makanan dan minuman yang disumbangkan MBI kepada petugas kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor pada 16 Disember 2022. Foto Facebook MBI

Setakat jam 1 tengah hari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengesahkan 16 mangsa maut manakala 77 lagi diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian.


Pengarang :