Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meraikan hampir 50 pengamal media menerusi program Jom Movie MBSA di Setia City Mall semalam. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MBSA rai pengamal media, hargai kerjasama terjalin

SHAH ALAM, 24 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meraikan hampir 50 pengamal media menerusi program Jom Movie MBSA di Setia City Mall di sini semalam.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya berkata program itu inisiatif bagi menghargai media yang banyak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan itu.

“Selain acara utama menonton filem Avatar: The Way of Water, mereka turut dijamu makan malam serta cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik.

“Program seperti ini merupakan acara tahunan untuk mengeratkan lagi hubungan bersama media. Bagaimanapun ketika penularan wabak Covid-19, ia ditangguhkan dan dianjurkan semula tahun ini,” kata Shahrin Ahmad kepada SelangorKini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua media kerana menjadi platform untuk MBSA mendekati masyarakat.

“Menerusi media kita juga dapat menguar-uarkan aktiviti serta program dianjurkan selain polisi dan dasar yang dibuat. Hubungan ini perlu diteruskan pada masa depan,” katanya.


Pengarang :