Chef Ammar (kiri) membuat persiapan membungkus nasi Arab dalam program sumbangan juadah berbuka puasa kepada anak yatim anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Chef Ammar di Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam pada 21 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSA sedia 25 lokasi tapak bazar Ramadan tahun depan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 DIS: Sebanyak 25 lokasi tapak bazar Ramadan disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk peniaga tahun depan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata lokasi tersebut di Seksyen 6 hingga 8, Seksyen 16 hingga 20, Seksyen 24 hingga 28, Seksyen 35, Seksyen U2, U3, U5, U8, U10, U13, dan U20.

Menurut Shahrin Ahmad, peniaga perlu memohon secara dalam talian mulai 19 Disember hingga 15 Januari depan menerusi aplikasi ePenjaja MBSA atau layari https://epenjaja.mbsa.gov.my.

“MBSA menyediakan enam jenis gerai dengan kadar bayaran antara RM200 hingga RM290.

“Gerai makanan dikenakan bayaran RM200, minuman balang (RM200), makanan bergoreng (RM230), air kelapa atau tebu (RM230), makanan berbakar (RM230) dan ayam golek (RM290),” katanya dalam kenyataan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pelesenan MBSA di nombor 03-55105133 sambungan 1762, 1486, 1699, 1317 atau 1366.


Pengarang :