Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

MBSA seru orang ramai salur cadangan menerusi sistem aduan awam

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 26 DIS: Orang ramai boleh menyalurkan aduan, maklum balas atau cadangan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bermula 1 Januari depan.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan sistem aduan itu menggantikan i-Responz yang berperanan sebagai sistem pengurusan aduan awam dan maklum balas pelanggan.

“Hanya lima langkah saja untuk anda menyampaikan maklum balas kepada pihak kami dengan menggunakan SISPAA.

“Orang ramai bukan saja boleh menyampaikan aduan malah dapat menyemak maklum balas aduan, penghargaan, pertanyaan serta menyampaikan cadangan kepada pihak kami,” katanya di Facebook.

Antara kelebihan SISPAA, katanya, aduan melibatkan agensi lain boleh dibuat melalui sistem itu kerana perkhidmatannya melangkaui pelbagai agensi.

“Selain itu, maklumbalas boleh diselaraskan secara sekali gus untuk aduan yang sama lokasinya daripada beberapa pengadu,” kata MBSA.

Untuk maklumat lanjut mengenai SISPAA dan cara menggunakannya boleh layari https://bit.ly/sispaambsa


Pengarang :