Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

MBSA tawar potongan 30 peratus kompaun parkir kenderaan hari ini

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 20 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan potongan 30 peratus kompaun parkir kenderaan bawah Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 sempena program Hari Bertemu Pelanggan hari ini.

Bertempat di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 di sini, program mulai 11 pagi hingga 5 petang memberi peluang kepada orang ramai membayar tunggakan kompaun.

Menurut MBSA, orang ramai juga boleh membuat semakan dan bayaran cukai taksiran, kompaun khususnya denda trafik serta menerima semakan aduan permohonan ubah suai premis.

“Orang ramai dijemput hadir memberi pandangan, mengemukakan aduan, maklumbalas dan cadangan penambahbaikan saluran perkhidmatan di peringkat Majlis,” maklum agensi menerusi Facebook.

Selain itu, 50 pelanggan yang terawal mendaftar di program berkenaan turut layak menerima cenderahati mangkuk tingkat eksklusif MBSA.


Pengarang :