Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar bercakap kepada media selepas merasmikan Taman Permainan Inklusif sempena hari Autisme Sedunia di Taman Reakrasi USJ 11, Subang Jaya pada 22 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSJ sedia pusat pemindahan lengkap kemudahan hadapi kemungkinan banjir

OLEH AZIAN AZIZ

SUBANG JAYA, 1 DIS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir pada bulan ini termasuk menyediakan pusat pemindahan sementara yang lengkap dengan kemudahan.

Datuk bandarnya Datuk Johary Anuar berkata kawasan yang terlibat ialah Kampung Bukit Lanchong, Putra Height, Kampung Tengah dan Kampung Kuala Sungai Baru.

“Kali ini kita telah bersedia dengan siap memasang khemah, memberi bantal, tilam dan selimut serta mengagihkan bekalan makanan dengan teratur.

“Persediaan dengan kerjasama pelbagai agensi kita buat untuk menghadapi kemungkinan banjir Disember ini,” kata beliau selepas mesyuarat penuh MBSJ semalam.

Johary memberitahu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga membina ban yang lebih tinggi bagi menghalang air mengalir masuk ke kawasan kampung dan menyediakan pam air.

Tambah beliau, pihaknya juga berharap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dapat membina saliran bagi mengalirkan air di kawasan lebuh raya yang tinggi dengan lebih teratur.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Selangor menerima kadar taburan hujan yang tinggi antara 100 hingga 400 mililiter bermula pertengahan November hingga Disember.


Pengarang :